Cuti musim panas...Apa nak buat ya?


"Rebutlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara...
Masa lapangmu sebelum tiba masa sibuk" (Hadith)


Sekarang dah bulan 7, ada lebih kurang 3 bulan lagi bagi mahasiswa-siswi di Mesir ni utk bercuti sempena musim panas yg telah berkunjung tiba.Ada orang yang tertanya-tanya, apa aku nak buat ha cuti panjang ni? boring la...xde aktiviti la nak buat! So, org yg macam ni mgkin akan menghabiskan waktu cutinya dengan makan, tidur, jalan2 xde tujuan, layan internet, sembang kosong, bershopping, berpoya-poya, bermain2 dan sbgnya.

Ada pulak yang dah penuh kalendar hariannya dengan aktiviti2 yg dah pun dirancang untuk cuti musim panas ni.

Kenapa jadi gitu? Kenapa ade yang rasa boring sgt sbab xtau nak buat apa cuti2 nih dan ada yang sampai x sempat nak rehat sbab byk sgt aktiviti yang nak dibuat. Haaa, ini semua kembali kpda individu tu sendiri. Org yang xtau nak wat apa sbab dia xfaham apa tujuan dia hidup atas muka bumi nih (sorila klo macam kasar cket, tapi nak wat camne? tulah hakikatnya) Pastu, dia x letak matlamat yang ingin dicapai sepanjang cuti musim panas ni. Contoh: Nak mantapkan bahasa arab, nak pandai dlm ilmu feqah, qiraat dll, nak dapat sanad Alquran, nak kuatkan stamina, nak itu nak ini...

So, berlalulah musim panas dgn begitu sahaja tanpa dia dapat manfaatkan dgn sebaik2nya. Setiap pagi celik dari tidur, ikut je suasana sekeliling. Apa org buat, dia ikut je, xkira lah benda tu elok ke x. Org tidur, dia pun layan tidur jugak, org main game dia pun join jugak, org pegi kedai, dia follow aje, org borak2 dia pon join sekali sampai terbahak2 gelak, xtau sbab apa, kadang2 sampai mengumpat, mengutuk, mencela org lain tanpa disedari...Astaghfirullah...Begitulah pusingan hidupnya setiap hari sampailah dia x tau nak buat apa lalu dia pun tidur semula.

Sebaliknya bagi kumpulan kedua, mereka sibuk dgn pelbagai aktiviti kerana mereka mempunyai wawasan dan tujuan hidup yang ingin dicapai umumnya dan matlamat yg ingin dicapai sepanjang musim panas ini.

Di sini, saya kongsikan sikit benda-benda yang boleh kita lakukan utk mengisi masa-masa kosong kita sepanjang cuti musim panas ni...


1) Riadhah...x kiralah samada nak main bola ke, jogging, ping-pong, badminton, swimming, tunggang kuda, dan sbgnya. Kenapa saya letak riadhah dulu? sbab akal yg sihat dari badan yg sihat. Kalau malas riadhah, badan jadi lemah dan selalu sakit2, kalau dah sakit2 macamana nak buat kerja2 lain?

2) Rehlah...Waktu-waktu cuti macam ni sesuai sangatlah utk kita berjalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah, pantai2, kawasan2 peranginan dll. Tujuannya supaya kita dapat amik iktibar dari kisah2 org terdahulu, boleh melihat tanda-2 kebesaran Allah, menenangkan fikiran selepas berhempas pulas memerah otak di musim XM dan sbgnya.



3) Talaqqi kitab...bagi org yg rajin cket, bolehlah ke kelas2 talaqqi di masjid azhar atau masjid2 lain, rumah2 negeri, dll...Kenapa? sebab ilmu yang kita dapat kat kuliah x cukup utk kita menguasai satu2 ilmu. Sebab kat kuliah biasanya dia akan ajar kita kunci2 atau asas2 sesuatu ilmu je. Lepas tu, kita sendiri yg kena cari dan gali lebih dalam lagi ilmu-ilmu tuh.

4) Baca buku...bagi yg malas nak ke kelas2 talaqqi, jangan malas jugak nak baca buku sendiri! Sebab ilmu tu kan cahaya dan panduan dlm hidup kita!? Kalau xde ilmu, camne nak mengharungi hidup yg penuh pancaroba nih? Dah lah kita hidup di akhir zaman, dah jauh dgn zaman Nabi...Lagi la kena byk2 belajar dan membaca supaya kita dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah...betul x?

5) Join program2 yang bermanfaat...biasanya cuti2 ni persatuan2 pelajar akan anjurkan macam2 program yg bermanfaat utk mahasiswa-siswi. Contohnya: Rehlah, qiam, kelas2 pengajian, kursus, bazaar, dan sbgnya. So, janganlah kita lepaskan peluang2 ni utk mengisi masa2 lapang kita waktu cuti ni. Bukankah hidup berjemaah itu sangat dituntut oleh Islam? Org yg suka bersendirian akan lebih mudah digoda dan disesatkan oleh syaitan. So, sentiasalah hidup dalam kelompok soleh yg boleh mengingatkan kita bila kita lupa dan akan menyokong dan membantu kita bila kita buat baik...Kan2?

OK, setakat ni dulu utk kali ni..Semoga kita semua dikurniakan kekuatan utk mengisi masa lapang pada musim cuti ni dengan sebaik2nya..Ameen

0 comments: