Sedikit pesanan buat para penuntut ilmu


Assalamualaikum,

Teman-teman seperjuangan,

Memandangkan peperiksaan semakin hampir& masing2 sedang sibuk membelek & menyelak helaian-helain kitab satu per satu, terasa dlm diri tanggungjawab utk memberikan sedikit nasihat kepada kalian dalam perjuangan mencari mutiara-mutiara ilmu di mana sahaja kalian berada...Semoga dgn sedikit nasihat ini, dapat menjadi pembakar semangat utk kita sama-2 terus menempuh arus deras yg penuh rintangan & cabaran ini.


1. Tanya pada diri, apa yg aku nak daripada ilmu-ilmu yg aku pelajari? Adakah ia merupakan harta, pangkat, jawatan, kedudukan di hati seseorang, pujian, takut pada celaan teman, keluarga dan masyarakat sekiranya gagal dalam peperiksaan atau sbgainya...? Kerana, ilmu yg kita pelajari merupakan cahaya dari Allah SWT..Ia tidak akan dikurniakan kepada mereka yg tidak ikhlas mencarinya demi menggapai redha tuhannya." Barangsiapa yg menuntut ilmu yg diharapkan dengannya redha Allah, namun dia menuntutnya supaya mendapat habuan dunia, maka dia tidak akan dapat mencium bauan syurga pada hari Qiamat " - Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam kitab Sohihnya.

2. Sedarilah bahawa anda merupakan pewaris-2 Nabi SAW dalam menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia seluruhnya, khususnya masyarakat di tanah air. Ini kerana, para nabi tidak mewariskan harta akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yg mengambilnya maka dia sangat beruntung, sepertimana diriwayatkan dari Nabi SAW.

3. Berusahalah bersungguh-2 untuk menghafal Alquran kerana ia merupakan asas bagi semua ilmu, lebih-2 lagi bagi pelajar-2 agama. Sekurang-2 nya kita menghafal Muqarrar yg ditetapkan oleh pihak Universiti, samada 2,4,6 atau 8 juzuk. Bagi yg telah pun menghafalnya, berusahalah untuk mengingatinya dengan sebenarnya, bukan selepas menjadi hafiz atau hafizah, wirid ulangan Alquran tidak lagi diendahkan. Bagaimana seorang yg ingin menjadi wakil Allah SWT di atas muka bumi untuk menyampaikan risalahnya kepada umat manusia sedangkan dia tidak mempunyai wirid hariannya untuk membaca,
menghafaz serta mengulangkaji Alquran?

4. Sesungguhnya jalan menuntut ilmu adalah jalan yg susah, ia memerlukan kesabaran & pengorbanan dalam mendapatkannya...Ia tidak akan boleh dihasilkan dengan kerehatan badan dan fikiran...Seorang penyair arab berkata : " Jangan kau menganggap kemuliaan (المجد) itu umpama tamar yg kau makan, Kau tidak akan dapat mencapai kemuliaan sehingga kau menelan kepahitan sabar "


5. Bersungguh-2lah dalam menuntut ilmu! Jadikan ia sebagai rutin harian dalam hidup kita. Letakkan jadual utk membaca kitab-kitab yg perlu dihabiskan dalam tempoh-tempoh tertentu. Jika tidak, maka kita akan leka dan disibukkan dengan macam-macam kesibukan lain sedangkan kita tidak menyedari perkara tersebut melainkan apabila tibanya hari peperiksaan.


6. Susun masa degan sebaiknya. Utamakan perkara yg paling penting daripada perkara yg penting dan perkara yg penting daripada yg kurang penting...Tinggalkan perkara-perkara yg tidak penting! kerana ilmu ini menuntut kita meluangkan sepenuh masa utknya, jika tidak maka sampai bila-2 kita tidak akan menjadi ALIM. Hanya sekadar luaran sahaja digelar azhari, dar ulumi, doktor dan sebagainya. Berkata seorang Alim " Ilmu itu tidak akan memberikan kepada engkau sebahagian dirinya sehingga engkau menyerahkan seluruh dirimu untuknya! "...Maka bayangkan jika kita hanya menyerahkan baki-baki masa sahaja utk ilmu maka banyak mana ilmu yg akan dapat dihasilkan?


7. Ingatilah selalu, sebanyak manapun ilmu yg kita kuasai, setinggi manapun tahap ilmu yg kita kecapi, ketahuilah ia hanya setitik dari selaut ilmu Allah SWT yg sangat luas! Maka janganlah kita merasa cukup dengan ilmu yg kita ada, walaupun kita mampu menghabiskan semua karangan-2 yg ditulis di atas muka bumi ini!

Rasanya, cukup sekadar ini untuk kali ini buat renungan kita bersama...Semoga kita tergolong dikalangan mereka yg mendengar kata-kata lalu mengikuti yg terbaik darinya...Ameen!!!




Fadhilat 10 awal Zulhijjah?


Siang dan malam silih berganti, tahun demi tahun kian berlalu, seorang mukmin itu sentiasa mengharap rahmat tuhannya dan takutkan azabnya, imannya sentiasa turun dan naik, semangatnya kekadang membara dan kekadang lesu. Dalam keadaan itu, dia dilimpahi rahmat Allah yang sangat luas, untuk mengukuhkan imannya dan meningkatkan semangatnya. Musim kebaikan menjelma demi menghapuskan segala dosa-dosanya yang lalu dan demi mengangkat darjatnya. Maka, orang yang berbahagia ialah mereka yang merebut peluang ini dan menghampirkan dirinya kepada Allah SWT dengan amal-amal soleh dalam musim ketaatan ini. Mudah-mudahan dia mendapat limpahan kurniaan-kurniaan Allah SWT sepertimana yang telah dijanjikan.


Diantara kurniaan terbesar Allah SWT pada sepuluh hari pertama zulhijjah ialah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW “ Tiada hari-hari dimana amal soleh didalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut? Rasulullah SAW menjawab: “ Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya”


Sekarang kita sedang berada didalam hari-hari yang penuh berkat, telah datang kepada kita hari-hari yang muncul bersamanya kurniaan yang mulia dari tuhan yang mulia, yang memupuk rasa rindu dan cinta dalam jiwa umat Islam, lalu bergetarlah hati mereka dan membuak-buaklah perasaan mereka, lalu perasaan tersebut memimpin mereka ke arah ketaatan dan ibadah kepada tuhan mereka.


Waktu yang paling dicintai oleh Allah

Hari-hari ini merupakan masa yang paling dicintai oleh Allah SWT, lalu amal soleh didalamnya merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT kerana ia berada didalam masa yang terbaik yang disumpah oleh Allah SWT dengannya di dalam Alquran “ Demi waktu fajar. Demi malam-malam yang sepuluh ”.

Kemuliaan tersebut juga disebabkan kerana terdapatnya hari yang terbaik di dalamnya iaitu hari Arafah juga kerana perhimpunan tahunan umat Islam seluruh dunia pada musim Haji. Maka, hari-hari tersebut merupakan hari terkumpulnya ibadah-ibadah utama. Ibnu Hajar pernah berkata: Sebab istimewanya sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terkumpulnya ibadah-ibadah utama didalamnya iaitu solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya yang tidak berlaku pada waktu lain.



Kemuliaan ini juga ialah kerana hari-hari tersebut merupakan hari-hari untuk memperbaharui kehidupan didalam ketaatan kepada Allah, hari-hari mendapat kurniaan rahmat Allah, hari-hari untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi mendapat keampunan Allah, hari-hari musim perniagaan yang menguntungkan, hari-hari yang mengumpulkan diantara kemuliaan tempat dan masa dan mengumpulkan diantara ibadah hati, badan, ibadah perseorangan dan beramai-ramai.

Ia juga kerana hari-hari ini merupakan hari-hari rahmat, keampunan dan pembebasan dari neraka. Hari-hari dimana malaikat di bumi menyerupai malaikat di langit, lalu manusia yang suci akan bertanding dengan malaikat yang baik. Allah SWT berbangga dengan hamba-hambanya di hadapan para malaikat sepertimana sabda Rasulullah SAW : Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya daripada api neraka dari hari Arafah, sesungguhnya Allah menghampiri hamba-hambanya dan berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat lalu berkata: Apakah yang mereka inginkan?


Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA: Dikatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijjah bahawa seharinya sama seperti seribu hari, hari Arafah menyamai sepuluh ribu hari (pada kelebihannya).

Diriwayatkan juga daripada Al Auza’ie: Aku mendengar bahawa amalan dalam sepuluh hari tersebut umpama berperang dijalan Allah dalam keadaan berpuasa disiang harinya, berjaga di malam harinya melainkan orang yang mati syahid (maka pahalanya tidak boleh ditandingi).

Diriwayatkan juga daripada Ka’ab : Allah memuliakan sesetengah masa keatas yang lain. Lalu masa yang paling dicintai Allah ialah bulan-bulan haram (Rejab-Zulqaedah-Zulhijjah-Muharram). Bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan haram ialah bulan Zulhijjah. Hari-hari yang paling mulia disisi Allah di dalam bulan Zulhijjah ialah sepuluh hari pertamanya.



Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah

Saudara-saudariku yang dikasihi sekalian,

Suka saya untuk menceritakan pada kalian tentang keazaman para Arifin, kesungguhan para Nasikin, kerinduan para pencinta dan keasyikan orang-orang yang taat. Nabi SAW dan para sahabat yang mulia mengkhususkan hari-hari ini dengan perdampingan yang lebih erat dengan Allah SWT, juga memperbanyakkan ketaatan serta zikir kepadaNya.


Sa’id Bin Jubair apabila tibanya sepuluh hari pertama Zulhijjah, dia bersungguh-sungguh dalam beribadah sehingga dia hampir tidak mampu melakukannya. Maka, adakah anda tergolong dikalangan mereka yang mendapat keistimewaan hari-hari ini? Disini saya senaraikan beberapa langkah-langkah praktikal dari sudut tarbawi yang boleh anda lakukan:


1. Adakah anda telah berniat untuk melakukan haji dan umrah di tempat tinggal anda? Jika anda tidak mampu melakukan haji, maka Rasulullah SAW telah membuka pintu yang menyamai haji dan umrah. Sabda Baginda SAW “ Barangsiapa yang solat subuh berjemaah kemudian dia duduk mengingati Allah SWT sehingga terbitnya matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya seumpama pahala haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna ” Amalan : Iktikaf di masjid selepas subuh berzikir dan membaca Alquran.


2. Adakah anda telah berniat untuk berpuasa pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
  • Imam Nawawi pernah ditanya tentang puasa Sembilan hari pertama Zulhijjah. Maka dia menjawab: Ia sangat digalakkan.
  • Imam Ahmad meriwayatkan “ Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah”.
  • Sayyidina Umar Alkhottob berkata : Tiada halangan untuk menggantikan puasa Ramadhan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.
  • Hasan Basri berkata: Berpuasa sehari didalam sepuluh hari pertama Zulhijjah menyamai puasa dua bulan.
  • Imam Muhammad Bin Sirin, Mujahid dan Atho’ berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.
Amalan : Puasa Sembilan hari pertama Zulhijjah.


3. Adakah anda telah berniat untuk iktikaf pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Diriwayatkan daripada AlHafiz Ibnu Asakir bahawa dia beriktikaf pada bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama Zulhijjah.
Amalan : Iktikaf sejam sehari atau sehari atau seumpamanya.

4. Adakah anda telah berniat untuk melakukan kebaikan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Rasulullah SAW bersabda : “Amalan-amalan baik memelihara diri daripada pengakhiran yang buruk, sedekah secara sembunyi mampu memadamkan kemarahan tuhan, silaturrahim mampu memanjangkan umur”

Amalan: Menunaikan hajat manusia setiap hari
.

5. Adakah anda telah berniat untuk bertakbir, bertahmid dan bertahlil pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
  • Rasulullah SAW bersabda: Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintainya daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil(ucapan La ilaha illallah), takbir(ucapan Allahu Akbar) dan tahmid(ucapan Alhamdulillah) didalamnya.
  • Imam Mujahid berkata: Abu Hurairah dan Ibnu Umar RA keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah lalu bertakbir, lalu orang-orang di sekeliling mereka juga bertakbir bersama mereka. Mereka tidak datang ke pasar kecuali dengan tujuan tersebut.

Amalan: Bertakbir setiap kali selepas solat dan pada waktu-waktu kosong.


6. Adakah anda telah berniat untuk sentiasa berzikir pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Allah telah menyarankan umat Islam di dalam Alquran supaya memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini “Dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang diketahui” (AlHaj: 28) Ibnu abbas mengatakan : Sesungguhnya hari-hari yang diketahui itu ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah.

Amalan: Memelihara zikir pagi dan petang, zikir pada waktu-waktu kosong dan zikir mutlak sekurang-kurangnya 3000 kali setiap hari.



7. Adakah anda telah berniat untuk mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?


Salafussoleh RA mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.
Jadi, supaya kita dapat memenuhi sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan bermacam jenis ibadat, dibawah saya senaraikan beberapa amalan yang perlu kita lakukan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai tambahan bagi amalan-amalan yang telah disebutkan tadi. Mudah-mudahan Allah berbangga dengan kita di hadapan para malaikatnya:

  • Segera bertaubat dengan sebenar-benarnya serta mengulanginya siang dan malam.
  • Perbaharui niat didalam setiap kata-kata dan perbuatan dan menghadirkan lebih daripada satu niat dalam satu amalan. Jadikannya rahsia diantara anda dan tuhanmu.
  • Manfaatkan masa-masa yang berharga dengan ketaatan (waktu sebelum dan selepas subuh & waktu maghrib).
  • Qiamullail secara bersendirian setiap hari di rumah sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum tidur atau beberapa jam sebelum subuh.
  • Bersedekah 4 kali sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah, menyembelih korban bagi yang mampu dan jangan lupa hak orang fakir miskin.
  • Berusaha mengkhatamkan Alquran sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah. Jika tidak, maka sejuzuk setiap hari.
  • Melazimi solat dhuha, sunat rawatib, witir dan sebagainya.
  • Makan sahur atau berbuka bersama keluarga atau ahli rumah setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 hari.
  • Mendoakan saudara-saudara yang telah tiada serta yang berjihad di Palestin dan di mana sahaja.
  • Menziarahi guru atau syeikh untuk mengambil manfaat bersama dengannya serta mengutip mutiara ilmu darinya.
  • Melaksanakan tugas sebagai daie dan haraki dan segala tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
  • Mulakan harimu dengan sedekah, moga-moga anda mendapat doa dua malaikat.


Akhirnya, jadikanlah sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai peluang untuk mentarbiyah jiwa dan ruh didalam menghadapi kepayahan hidup, ujian dan cabaran. Jadikannya juga sebagai peluang untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mentarbiah diri untuk menghidupkan sunnah-sunnah Rasul SAW dan jadikan ia sebagai medan untuk berlumba-lumba didalam mempelbagaikan ibadat. Jadikanlah sepuluh hari ini sebagai satu kursus tarbawi untuk mengubah, mendidik, membaiki, meluruskan serta merawat penyakit-penyakit hati. Jadikan ia sebagai peluang keemasan untuk menggapai cinta ilahi iaitu ketika mana anda melakukan amalan yang paling dicintai pada waktu yang paling dicintai. Jadikanlah syiarmu sepanjang sepuluh hari ini “ …Dan aku bersegera menujumu wahai tuhanku supaya engkau redha ” (Toha: 84)