Akhbar dunia: Ucapan Obama bertujuan memperbaiki imej Amerika


Akhbar dunia: Ucapan Obama bertujuan memperbaiki imej Amerika


Obama tidak mampu meyakinkan dunia islam dengan ucapannya

- Washington Post : Ucapan Obama bersifat emosi

- Telegraf : Perbuatan yang akan mendedahkan hakikat sebenar

- Media musuh : Obama jahil sejarah


Media massa dunia semalam telah membincangkan tentang ucapan Presiden Amerika Barack Obama yang telah menyebutkan tentang beberapa perkara diantaranya:

1. Perdamaian diantara penduduk Palestin dan Zionis.

2. Projek Nuklear Iran.

3. Memerangi keganasan.

4. Demokrasi

5. Hak-hak wanita dan golongan minoriti

Seluruh akhbar dunia bersepakat mengatakan bahawa Obama cuba untuk memperbaiki pendirian-pendirian Amerika terhadap negara-negara Islam. Beliau juga cuba untuk mewujudkan keseimbangan dalam isu Palestin-Zionis. Ucapan beliau merupakan usaha untuk memulihkan imej Amerika dihadapan dunia Islam dalam masa yang sama ia perlu dipraktikkan di alam realiti.



Obama menenangkan hati penduduk Amerika

New York times :


1. Ucapan Obama yang terakhir telah mengembalikan kepercayaan kepada orang-orang Amerika selepas 8 tahun zaman keangkuhan Amerika selepas ucapan Presiden Amerika yang lepas George Bush selepas berlakunya peristiwa 11 September yang menggambarkan pengisytiharan perang terhadap umat Islam.

2. Obama: Amerika tidak ragu-ragu untuk membantu ISRAEL

3. Obama: Iran mesti menghentikan projek nuklearnya kerana ia mengancam keamanan negara-negara timur tengah. Tetapi Amerika bersedia untuk berbincang dengan Iran dengan syarat Iran menghentikan projek nuklearnya.

4. Obama berterus terang – Amerika ingin menghapuskan Toliban dan AlQaeda dan ia tidaklah berusaha untuk menjajah Afghanistan dan Iraq.

5. Obama meminta dunia Islam supaya mengiktiraf ISRAEL dan pihak Zionis harus menghentikan pembinaan dan perluasan kawasan jajahan mereka. Umat Palestin hendaklah meninggalkan keganasan dan menghapuskannya. Kaum Arab harus segera menubuhkan badan-badan yang kuat bagi negara Palestin pada masa akan datang.

6. Beliau menyentuh tentang Demokrasi dalam keadaan cuba menjaga perasaan presiden negara yang menyambut kedatangannya. Beliau mengatakan kepentingan kerajaan menjaga kekuasaan dengan pilihan rakyatnya bukan dengan paksaan. Begitu juga, pilihan raya sahaja tidak mampu menjamin pelaksanaan demokrasi yang sebenar.

7. Majoriti pengkaji politik menganggap bahawa Obama banyak meminta maaf kepada umat Islam.



New York Post:


1. Kedatangan Obama dan ucapannya kepada umat Islam di Mesir adalah untuk mengubah pandangan yang mengatakan bahawa Amerika memerangi umat Islam.

2. Realiti dunia menunjukkan bahawa Amerika sedang memerangi umat Islam sejak 11 September, bukan keseluruhan umat islam tetapi “ pengganas-pengganas Islam” sahaja.

3. Amerika akan benar-benar memerangi pengganas-pengganas yang mengancam

keamanan masyarakat Amerika.

4. Obama perlu mengingati kementerian luar Amerika pada tahun 2006 yang mengatakan bahawa Amerika memainkan peranan penting didalam menyebarkan keganasan, ketaasuban dan pemikiran wahhabi ke seluruh dunia.

5. Perkara-perkara penting yang ditekankan oleh Obama:

a. Mengiktiraf pembunuhan yahudi beramai-ramai.

b. Bantuan Amerika bagi pihak zionis tidak berbelah bahagi.

c. Iraq sekarang adalah lebih baik dari zaman Sadam Husin.



Obama mempermainkan perasaan umat Islam

Washington Post:

1. Obama adalah presiden yang bijak yang ingin mengambil hati umat islam dengan menggunakan ayat Alquran untuk menyokong ucapan dan pendiriannya.

2. Obama: Kita mesti berusaha supaya umat islam dan barat boleh bersefahaman dengan mendengar pendapat semua pihak, kemudian mencapai titik-titik persamaan diantara mereka dengan penuh rasa hormat.

3. Obama memperkatakan tentang projek nuklear Iran dengan menyifatkan bahawa Iran telah sampai kepada tahap yang kritikal.

4. Obama membuka pintu bagi umat islam yang sederhana ketika mengatakan bahawa Amerika menghormati pandangan pengundi dan pemenang dengan syarat mereka tunduk kepada undang-undang.

5. Obama memberi peringatan kepada para pemimpin supaya tidak menggunakan isu permusuhan diantara Kaum arab dan Zionis untuk memalingkan dunia dari isu-isu lain yang lebih penting.


Terjemahan daripada Ikhwanonline...

0 comments: