Selamat maju jaya teman seperjuanganku !!

Assalamualaikum buat teman-teman seperjuangan...

Saat waktu yang berlalu, hari demi hari, minggu berganti minggu, yang berlalu umpama angin yang bertiup kencang tanpa mempedulikan sesiapa, yang berlalu dengan begitu pantas tanpa menunggu sesiapa..Beruntunglah mereka yang memanfaatkan masanya dengan sebaik-baiknya. Iaitu dengan memenuhi detik-detik yang masih berbaki dengan mengulangkaji pelajarannya sebelum tibanya hari penentuan (siapa yang bersungguh-sungguh & siapa yang leka dibuai angan-angan ). Kerana bagi setiap detik dan masa itu terdapat hak-hak yang wajib ditunaikan oleh setiap daripada kita...Justeru, kita perlu mengetahui apakah perkara yang paling penting (priority) yang sepatutnya kita lakukan di dalam masa-masa tersebut. Tidak cukup sekadar mengisi masa-masa tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah, lebih-lebih lagi untuk membazirkannya dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak memberikan pulangan yang terbaik kepada kita samada di dunia mahupun di akhirat sana.

So, nasihat ana buat sahabat-sahabat seperjuangan...time dekat nak XM ni jangan lah sibuk dengan benda-benda lain pulak!! Sibukkanlah diri kita dengan ulangkaji buku-buku kuliah dan yang berkaitan dengannya. Kadang-kadang kita ni, time nak xm macam ni lah baru rajin nak baca atau talaqqi kitab-kitab lain dan sebagainya. Sebelum ni tak pernah pulak rajin macam tu! Bukan nak kata tak boleh buat benda-benda tu, tapi masa tu yang tak sesuai. Lepas XM nanti, buatlah apa yang kita nak buat. Time XM ni fokus betul-betul kepada XM dan study. Kan tujuan utama kita datang sini pun untuk cari ilmu!?

So, bersungguh2 lah dalam mencapai matlamat kehadiran kita ke Mesir ini supaya kita tidak menipu ahli keluarga kita dan menjadi fitnah kepada masyarakat apabila kita pulang nanti. Diorang anggap kita kat sini belajar sungguh-sungguh, tapi kita kat sini sibuk dengan tengok movie, main game, chatting dengan member-member, tidur pagi sampai zuhur dan sebagainya. He3, bukan nak marah, tapi cuma sebagai seorang sahabat hanya nak nasihatkan je. Bukankah "agama itu nasihat"...K, akhir kata, Selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam imtihan akan datang Insyaallah..Ameeen...Sekian, Wassalam

3 comments:

  The Forsaken

April 25, 2009 at 5:07 PM

ameen~aku tk taw lak ko de blog lah!
asl x promote awal²?

  UIVIAR

May 8, 2009 at 9:55 AM

In Sya allah lah...doakan kejayaan umat islam.lah bila lagi nak menulis?aku asyik buka blog ko tak update pon? :P

kami nak gak dgr nasihat dari prof.abdullah....

^_^"

  Abdullah

May 10, 2009 at 9:03 AM

i-allah xlama lagi aku akan update...Sblum ni baru nak bljar2 buat blog...sbb tu yg x promot sgt. Dah biasa nanti baru boleh promote sluruh dunia...Huhuhu