Ramadhan bulan yang agung

Peranan suasana dalam membentuk peribadi

Ceramah sempena Maulidur Rasul


Mari kita pergi beramai-ramai untuk menambah thaqafah dan kesedaran ttg isu semasa !

Sedikit pesanan buat para penuntut ilmu


Assalamualaikum,

Teman-teman seperjuangan,

Memandangkan peperiksaan semakin hampir& masing2 sedang sibuk membelek & menyelak helaian-helain kitab satu per satu, terasa dlm diri tanggungjawab utk memberikan sedikit nasihat kepada kalian dalam perjuangan mencari mutiara-mutiara ilmu di mana sahaja kalian berada...Semoga dgn sedikit nasihat ini, dapat menjadi pembakar semangat utk kita sama-2 terus menempuh arus deras yg penuh rintangan & cabaran ini.


1. Tanya pada diri, apa yg aku nak daripada ilmu-ilmu yg aku pelajari? Adakah ia merupakan harta, pangkat, jawatan, kedudukan di hati seseorang, pujian, takut pada celaan teman, keluarga dan masyarakat sekiranya gagal dalam peperiksaan atau sbgainya...? Kerana, ilmu yg kita pelajari merupakan cahaya dari Allah SWT..Ia tidak akan dikurniakan kepada mereka yg tidak ikhlas mencarinya demi menggapai redha tuhannya." Barangsiapa yg menuntut ilmu yg diharapkan dengannya redha Allah, namun dia menuntutnya supaya mendapat habuan dunia, maka dia tidak akan dapat mencium bauan syurga pada hari Qiamat " - Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam kitab Sohihnya.

2. Sedarilah bahawa anda merupakan pewaris-2 Nabi SAW dalam menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia seluruhnya, khususnya masyarakat di tanah air. Ini kerana, para nabi tidak mewariskan harta akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yg mengambilnya maka dia sangat beruntung, sepertimana diriwayatkan dari Nabi SAW.

3. Berusahalah bersungguh-2 untuk menghafal Alquran kerana ia merupakan asas bagi semua ilmu, lebih-2 lagi bagi pelajar-2 agama. Sekurang-2 nya kita menghafal Muqarrar yg ditetapkan oleh pihak Universiti, samada 2,4,6 atau 8 juzuk. Bagi yg telah pun menghafalnya, berusahalah untuk mengingatinya dengan sebenarnya, bukan selepas menjadi hafiz atau hafizah, wirid ulangan Alquran tidak lagi diendahkan. Bagaimana seorang yg ingin menjadi wakil Allah SWT di atas muka bumi untuk menyampaikan risalahnya kepada umat manusia sedangkan dia tidak mempunyai wirid hariannya untuk membaca,
menghafaz serta mengulangkaji Alquran?

4. Sesungguhnya jalan menuntut ilmu adalah jalan yg susah, ia memerlukan kesabaran & pengorbanan dalam mendapatkannya...Ia tidak akan boleh dihasilkan dengan kerehatan badan dan fikiran...Seorang penyair arab berkata : " Jangan kau menganggap kemuliaan (المجد) itu umpama tamar yg kau makan, Kau tidak akan dapat mencapai kemuliaan sehingga kau menelan kepahitan sabar "


5. Bersungguh-2lah dalam menuntut ilmu! Jadikan ia sebagai rutin harian dalam hidup kita. Letakkan jadual utk membaca kitab-kitab yg perlu dihabiskan dalam tempoh-tempoh tertentu. Jika tidak, maka kita akan leka dan disibukkan dengan macam-macam kesibukan lain sedangkan kita tidak menyedari perkara tersebut melainkan apabila tibanya hari peperiksaan.


6. Susun masa degan sebaiknya. Utamakan perkara yg paling penting daripada perkara yg penting dan perkara yg penting daripada yg kurang penting...Tinggalkan perkara-perkara yg tidak penting! kerana ilmu ini menuntut kita meluangkan sepenuh masa utknya, jika tidak maka sampai bila-2 kita tidak akan menjadi ALIM. Hanya sekadar luaran sahaja digelar azhari, dar ulumi, doktor dan sebagainya. Berkata seorang Alim " Ilmu itu tidak akan memberikan kepada engkau sebahagian dirinya sehingga engkau menyerahkan seluruh dirimu untuknya! "...Maka bayangkan jika kita hanya menyerahkan baki-baki masa sahaja utk ilmu maka banyak mana ilmu yg akan dapat dihasilkan?


7. Ingatilah selalu, sebanyak manapun ilmu yg kita kuasai, setinggi manapun tahap ilmu yg kita kecapi, ketahuilah ia hanya setitik dari selaut ilmu Allah SWT yg sangat luas! Maka janganlah kita merasa cukup dengan ilmu yg kita ada, walaupun kita mampu menghabiskan semua karangan-2 yg ditulis di atas muka bumi ini!

Rasanya, cukup sekadar ini untuk kali ini buat renungan kita bersama...Semoga kita tergolong dikalangan mereka yg mendengar kata-kata lalu mengikuti yg terbaik darinya...Ameen!!!