Apa hukum rasuah utk memudahkan urusan?


Boleh tak bayar duit utk mempercepatkan urusan?



Doktor Ahmad Abdul Kholiq (Pensyarah Universiti Amerika Antarabangsa di Ferginia, Amerika) menjawab persoalan ini:

حمدًا لله تعالى، وصلاةً وسلامًا على سيدنا رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد
Sesungguhnya Allah melaknat pemberi dan penerim rasuah kerana Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat pemberi & penerima rasuah dalam urusan hukuman. Sepertimana Rasulullah jua melaknat mereka lalu berkata: "Rasulullah melaknat pemberi & penerima rasuah" Abu Isa meengatakan: Hadis ini hadis 'Hasan Sohih'. Ini menunjukkan pengharaman perbuatan ini tetapi jika seseorang itu tidak mendapat haknya yg sah dari sudut undang-undang dan syara' kecuali dengan cara ini, maka tidak ada dosa bagi si pemberi pada ketika itu, manakala si penerima akan menanggung dosa. Adapun, jika rasuah itu utk mendapatkan hak orang lain, maka ia sememangnya tidak harus kerana pengharaman rasuah itu sendiri...Wallahu a'lam

Niqob; antara bid'ah dan wajib

Kita mendengar sesetengah ulama’ mengatakan bhw niqob itu wajib dan perempuan yg tidak memakainya dikira berdosa. Dan sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ia tidak mempunyai dalil maka ia merupakan bid’ah yg direka-reka...Jadi, pendapat mana yg betul?


Dr Rajab Abu Malih (Doktor Syariah Islamiah, Kuliah Darul Ulum, Universiti Kaherah) menjawab ttg persoalan ini:

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وآله وصحبه ومن والاه...


Pendapat yg mengatakan niqob merupakan bid’ah adalah pendapat yg melampau dan tidak memerhatikan hukum syara’ dari sudut perkataan dan amalan. Begitu juga pendapat yg mengatakan niqob itu wajib adalah pendapat yg menafsirkan nas-nas syara’ dengan makna yg tidak dimaksudkan.


Ulama’ bersepakat mengatakan kefarduan perempuan memakai khimar, iaitu semua pakaian yg menutupi tubuhnya kecuali wajah dan kedua tapak tangan, yg tidak menampakkan sesuatu yg berada dibawahnya dan yg tidak menyerupai lelaki. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang niqob, iaitu yg menutupi seluruh tubuh perempuan kecuali kedua matanya. Maka, sesetengah mereka berpendapat ia wajib atau fardhu dan setengah yg lain mengatakan ia harus atau digalakkan pada sesetengah keadaan tetapi tidak ada yg mengatakan ia bid’ah atau haram.


Yg utama ialah dengan kita membiarkan manusia memilih sendiri, siapa yg ingin memakai tudung shja maka tidak ada dosa baginya. Barangsiapa yg ingin memakai niqob maka tidak ada halangan baginya.


Adapun pendapat-pendapat ulama’ pada masalah ini maka ia merupakan cabang daripada perselisihan mereka tentang aurat seorang perempuan, apa yg boleh didedahkan dan yg tidak boleh.



Disebut dalam Mausu’ah Feqh Kuwait :


Jumhur Fuqaha’ berpendapat bahawa seluruh tubuh perempuan kecuali muka dan tapak tangannya merupakan aurat bagi lelaki Ajnabi kerana dia perlu bermuamalah dengan lelaki dan perlu mengambil dan memberi. Tetapi keharusan mendedahkannya bergantung kepada keselamatannya daripada fitnah.


Diriwayatkan dari Abi Hanifah pendapat yg mengatakan bahawa seorang perempuan boleh membuka kedua tapak kakinya kerana Allah SWT melarang dari menunjuk perhiasannya dan mengecualikan apa yg zahir darinya, sedangkan tapak kaki merupakan yg zahir darinya.


Zahir mazhab Ahmad bin Hambal bahawa seluruh tubuh perempuan itu adalah aurat bagi lelaki ajnabi walaupun kukunya.


Qhodhi dari pengikut mazhab Hambali berkata: Seorang ajnabi(yg boleh kahwin) diharamkan melihat kepada perempuan ajnabi kecuali muka dan tapak tangan, maka harus tetapi makruh dia melihat dua anggota ini ketika selamat dari fitnah.


Dari pendapat-pendapat di atas kita dapati bahawa jumhur fuqaha bersama sebahagian Hanabilah berpendapat bahawa wajah dan dua tapak tangan tidaklah dikira aurat yg wajib ditutup kerana tidak ada dalil yg sohih dan sorih yg mengatakan wajib tutup muka dan dua tapak tangan. Justeru, para ulama kontemporari juga berselisih pendapat berkenaan kewajiban memakai niqob. Kebanyakannya mengatakan bahawa ia tidaklah wajib dan sebahagian yg lain mengatakan ianya wajib berdasarkan pendapat Imam Ahmad.



Yg dapat saya tarjihkan disini bahawa niqob adalah harus pada keadaan biasa dan digalakkan ketika ditakuti fitnah. Justeru, mereka yg mengatakan bahawa ia wajib mereka tidak disokong oleh dalil. Yg mengatakan ianya bidah yg direka-reka mereka tidak mengambil endah realiti dari sudut feqh dan praktikal. Ini semua dengan syarat org yg berniqob tidak menuduh org yg tidak memakai niqob bahawa dia tidak menutup aurat dan berdosa dan yg tidak berniqob tidak pula memandang kepada yg berniqob bahawa dia seorang yg extreme dan membuat bidah.

والله أعلم