Marhaban Ya Ramadhan


"Selamat berpuasa dan menyambut bulan RAMADHAN ALMUBARAK "

Kepada semua Muslimin Muslimat di mana sahaja mereka berada...Marilah kita merebut segala peluang dan kurniaan yang disediakan oleh Allah SWT di dalam bulan yang mulia ini.

Semoga kita tidak tergolong dikalangan mereka yang sempat hidup di dalam bulan yang mulia ini tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT...



Pernah sekali, ketika Baginda SAW sedang berkhutbah, lalu Jibril RA berkata kepada Baginda SAW yang bermaksud : " Celaka dan rugilah orang yang sempat hidup dalam bulan RAMADHAN tetapi tidak diampunkan (dosanya)...". Lalu Nabi SAW mengatakan : AMEEN!!

Mari kita sama-sama bayangkan, jika seseorang itu tidak diampunkan di dalam bulan RAMADHAN yang :-

1) dibukakan semua pintu-pintu syurga (rahmat)
2) ditutup semua pintu-pintu neraka (azab)
3) dibelenggu segala syaitan-syaitan
4) semua jenis ketaatan dan kebaikan akan diberi pahala amalan Fardhu
5) semua amalan Fardhu akan diganjarkan dengan 70 kali ganda pahala yang diberikan pada bulan-bulan lain
6) pada setiap malamnya terdapat beberapa golongan yang akan dibebaskan oleh Allah daripada api neraka
7) bulan yang mempunyai 1 malam yang ganjaran pahalanya lebih baik daripada seribu bulan

maka bila dan bagaimanakah dia akan mendapat keampunan dari Allah SWT pada bulan-bulan yang tidak mempunyai keistimewaan seperti ini ???



Marilah kita memperbanyakkan membaca dan menghayati isi kandungan Alquran, kitab yang paling beharga di atas muka bumi ini, tetapi kebanyakan manusia tidak menyedari kerana terlalu leka dengan kehidupan dunia. Satu perkara yang kita perlu selalu ingat ketika membaca Alquran iaitu kata-kata saidina Ali RA: "Tidak ada kebaikan bagi bacaan yang tidak disertai dengan kefahaman"...Ini tidak bermaksud seorang yang baca tanpa faham tidak mendapat pahala, tidak sama sekali! kerana hanya dengan membaca Alquran seseorang akan mendapat pahala yang dijanjikan Rasulullah SAW iaitu setiap huruf = 10 pahala.



Namun, kita tidak akan mampu mengamalkan isi kandungannya selagimana kita tidak memahaminya..." Kitab (Alquran) yang diberkati, kami turunkan kepadamu supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal sentiasa beringat" (Surah Sod : 29)



Justeru, marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan terbaik bagi kita kerana kita belum tentu akan hidup pada Ramdahan akan datang.

"Jika manusia mengetahui ganjaran yang disediakan dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun menjadi Ramadhan"


Anugerah ilahi







Letak titik mata jap eh!


Em, tidur dah ke?





Kan dah nangis...


Hehe, saje je buat2 nangis tadi


Hurm, letih la...nak tidur plak


Tgah sedap tidur







X kira, maryam nak tidur gak!!